[DISKRIMINASI VISUAL DALAM MATEMATIK] Apa yang saya perhati,biasanya anak-anak mudah sangat keliru dengan nombor-nombor ini kan? Lebih katara kelirunya bila dalam bentuk digital. Sebenarnya bila anak keliru, anak ada masalah dengan diskriminasi visual. Diskriminasi visual adalah kebolehan untuk mengecam persamaan dan perbezaan antara bentuk,warna,saiz objek serta corak. Ia penting kerana kebolehan untuk mengecam persamaan dan perbezaan antara bentuk dan objek membantu untuk memahami dan mentafsir apa yang terdapat di persekitaran anak-anak. Kanak-kanak memerlukan latihan secukupnya untuk menguasai kemahiran ini. Antara aktiviti kemahiran diskriminasi visual adalah 🖍️Menyusun blok mengikut warna 🖍️Memadamkan gambar 🖍️Mencari perbezaan objek dalam gambar yang hampir sama 🖍️Mencari perkataan (worksearch game) Khadijah Malik 06082020 NissaEdukids #tipsgrouphomeschooling #sharingiscaring #nissaedukids #letsplayletslearn
Aroma daun kesum sungguh mempersona.Akan terbayang kuah laksa yang tengah menggelegak di atas dapur.Saya penggemar laksa. Ini daun pertama kesum yang dapat saya tuai.Alhamdulillah.Tanam dari keratan batang yang diambil di rumah kakak ipar.Saya ambil batang yang keras serta tua.Kemudian, rendam di dalam bekas berisi air terlebih dahulu selama seminggu. Kemudian, akar akan tumbuh dengan lebat.Batang berakar lebat,molek benar untuk di tanam ke dalam pasu. Jangan lupa siram pokok tersebut dengan air,pokok ini gemarkan tanah yang lembap.
Comments
Post a Comment