Posts

Showing posts from November, 2020

DISKRIMINASI VISUAL DALAM MATEMATIK

 [DISKRIMINASI VISUAL DALAM MATEMATIK] Apa yang saya perhati,biasanya anak-anak mudah sangat keliru dengan nombor-nombor ini kan? Lebih katara kelirunya bila dalam bentuk digital. Sebenarnya bila anak keliru, anak ada masalah dengan diskriminasi visual. Diskriminasi visual adalah kebolehan untuk mengecam persamaan dan perbezaan antara bentuk,warna,saiz objek serta corak. Ia penting kerana kebolehan untuk mengecam persamaan dan perbezaan antara bentuk dan objek membantu untuk memahami dan mentafsir apa yang terdapat di persekitaran anak-anak. Kanak-kanak memerlukan latihan secukupnya untuk menguasai kemahiran ini. Antara aktiviti kemahiran diskriminasi visual adalah  🖍️Menyusun blok mengikut warna 🖍️Memadamkan gambar  🖍️Mencari perbezaan objek dalam gambar yang hampir sama  🖍️Mencari perkataan (worksearch game) Khadijah Malik 06082020 NissaEdukids #tipsgrouphomeschooling #sharingiscaring #nissaedukids #letsplayletslearn